Tuesday, May 6, 2025

Gunung Bekok open trip





1 mei cuti umum dan kebetulan ada open trip ke gunung bekok. to be honest gunung bekok antara gunung kat johor ni yg aku x pernah pergi dan mmg ada plan nak pegi. tp yg jd masalah scene hiking kat johor ni agak membosankan. balik2 open trip kat 4-5 gunung yg sama. pusing2 je. mcm x de gunung lain. so bila ada open trip ke bekok ni dan timing pun cun, mmg aku x dpt lepaskan.

di atas kertas bekok mmg kurang tinggi berbanding belumut dan ledang. tp dr segi kesusahan aku blh dikatakan hampir sama. berbanding belumut aku rs bekok ni lg susah. dr segi review pendakian, ko bleh google je lah. mmg btl apa yg org review before2 ni.

trek agak datar dr pintu rimba smpi ke cp 2. utk smpi ke cp 2 ni akan cross 2 anak sungai dan 1 sungai yg airnya agak deras. tp ada tali, jgn risau. lps tu akan terus mendaki tanpa diskaun smpi ke cp 8. lps tu trek akan dragon back smpi peak. x de la teruk sgt dragon backnya, blh bw bincang lg. 

8:45 start masuk pintu rimba
13:39 smpi peak
18:00 smpi kat parking kete

trivia trip ni:

  • signboard yg ada kat peak dipsg pd trip ni setelah signboard lama da rosak/hilang sbb kena langgar dgn gajah
  • trek sgt bersih drp sampah sarap, mmg x kan jumpa sampah kat sini, hutan masih virgin
  • terdapat kolam ikan di cp 2, ikan mmg bnyk giler. tp mcm biasa x bleh pancing, kolam ini dijaga
  • pacat blh tahan bnyk, kalo x nak kena pacat jgn dtg sini
  • lps cp 8 akan ada 2 simpang, utk ke peak atau masuk ke dlm 3 taman negara. sendiri mau ingt kalo salah simpang
  • peak x ada view
  • signboard kat kebanyakan cp agak cantik berbanding gunung2 lain. sesetengah cp siap ada bangku + bumbung

kesimpulan, bekok mmg gunung yg agak berbaloi dan seimbang utk didaki. dia ada semua elemen yg diperlukan oleh pendaki level pertengahan. utk beginner x disarankan.

No comments:

Post a Comment