Wednesday, May 28, 2025

bukit hulu bakau in da house




akhirnya berjaya jgk aku tawan bukit ni pd 17 mei yg lalu. x dinafikan bukit ni mmg antara wishlist aku sekian lama, tp spt biasa faktor ms dan komitmen jd penghalang.

once da register trip ni, ada la aku buat research skit psl bukit ni. tp syg x bnyk info berguna yg aku jumpa kat internet. aku nak tau psl bukit ni bkn pasal mcm mn ko jumpa member hiking ko. haha.. so now aku cuba bg info yg padat psl bukit ni untuk x membuang ms pembaca.

jarak pg dan balik bukit ni dr parking bukit kutu ialah 25.64 km, base on gps dkt jam garmin. start hiking pkl 3 pagi. total hour pendakian kitaorg ialah 14 jam 38 minit, termasuk rehat dan ini adalah pace group yer. bnd ni subjektif sbb tiap grup pacenya x sama.

5 km pertama sama mcm trip rajah, iaitu dr parking menuju ke kem bmw. trek santai. tp trek santai ni yg dirasakan terlalu lama bila blk nanti. kitaorg smpi agak awal di kem bmw ni, sblm subuh da smpi. so rehat2 n lps subuh continue tracking ke next cp.

next cp adalah lata peneleh. bila ada perkataan lata ni maknanya ia adalah kawasan sungai. dkt lata peneleh ni la yg akan jd simpang antara rajah dan hulu bakau. next cp adalah kem cangkul. lps dr kem cangkul ni akan jumpa last water point.

dr last water point tu get ready trek akan pacak smpi ko jumpa signbod yg bertulis km10. mmg agak barai jgk nak smpi ke km10 ni. kalo x padu mcm aku akan take 5 or 10 kat km10 ni. km10 ni bkn ada apa2 pun, just tiang kayu je yg pacak tulis km10. teruskan perjalanan menaik lg dan akan jumpa terowong viral tu. kecik je rupanya terowong tu, ingtkan bsr. teruskan lg pendakian dlm 15 minit, tada smpi lah ke peak.

org kata peak x de view, tp pd aku ada je view. dr peak akan nmpk peak rajah. beirut dia pun da tumbang atas tanah, so mcm x de la. dia punya papan tanda pun ltk atas tanah je. x de tiang nak sangkut. rehat2 kat peak, lunch, minum kopi yg guide bancuh dan smpt baring kejap. suhu kat peak x terlalu panas, rs nyaman je. maybe sbb aku smpi masih pagi lg kot. 

time turun dr peak tu kami ber3. total semua pendaki ialah 6 org termasuk guide dan sweeper. maknanya pecah 2 kumpulan la. nak jd cerita ms turun sblm smpi last water point tu tetiba terdengar bunyi haiwan buas menguak yg sgt kuat, seolah2 haiwan tu berada btl2 kat depan kitaorg. kbtln dpn tu ada selekoh so mmg x nmpk la apa yg ada lps selekoh tu. yg jd masalah 3-3 org dengar bunyi tu. so ini adalah real bkn khayalan. cuak, mmg aku cuak. 1st time hiking ada pengalaman mcm ni.

nak selamat kitaorg tunggu kat situ smpi grup blkng smpi. kalo rmi2 mcm yakin skit lah. lg pun guide ada kat team blkg. kita beranggapan guide lbh pakar menghadapi situasi mcm ni berbanding kami ni pendaki amatur. guide dtg baling mercun bola 2 biji n pastu kitaorg teruskan perjalanan dlm 1 grup. syukur akhirnya selamat jgk smpi ke lata peneleh. basuh kasut solat asar, pastu teruskan perjalanan. kami yg ber3 ni gerak dulu. time gerak dr lata peneleh tu hujan pun turun. so treking la dlm hujan smpi ke parking. siap ada guruh dan kilat lg. alhamdulillah semua selamat smpi jg ke parking.

kalo tny aku apa komen psl bukit hulu bakau ni,  strictly bukit ni not for newbie. walaupun nama bukit tp sbnrnya agak tough dan mmg tough.


No comments:

Post a Comment