Wednesday, July 15, 2026

trans cb without r

da lama aku berniat nak join trip ni. mcm gunung chemendong aku da pnh naik. belumut pun pnh naik. tp cbr blm penah naik lg. so bila gabung 2 gunung ni + gunung gua rimau maka jd la trans cbr.

dipendekkan cerita ahad lps 12/7 aku ke sini. sbnrnya dr minggu lps mmg da niat ahad ni nak pg hiking. scroll2 dlm threads jumpa la iklan trip ni. harga pun attractive. murah bnyk dr market. terus register. hahaha

biasanya trip ni org akan bermula pkl 4 pagi. tp yg aku join ni start pkl 7 pagi plk. aku x tau apa2 so ikut je la. at last ada beberapa lines up yg smpi lmbt. then 7:30 pagi jgk br bergerak dr trailhead.

to be honest aku da lupa trek chemendong dgn belumut ni mcm mn sbb da lama x naik. so start dr trailhead menuju ke chemendong semua masih under control. cuma nak smpi ke peak chemendong tu agak pacak tade diskaun. tp bila da nmpk signboard peak fuh lega.

so 2nd phase dr peak chemendong tu akan turun ke water point which is lata tangga. trek ni mmg senyum je la sbb menurun je kan. kalo ada pacak2 manja tu biasa la. so smpi kat lata tangga rest kejap.

lps tu hell. dr lata tangga nak ke peak belumut mmg totally hell. pacak2 mcm x ada penghujung. kat sini kaki aku krem dan terpaksa berhenti beberapa kali. asal rs nak krem je stop kejap makan hilmalaya salt picit2 skit peha. hilang la krem tu. tp kesannya jd lambat la smpi org depan jalan dulu dan aku kena tinggal. haha. tp selepas beberapa ketika akan regroup balik. maybe bnyk kes org sesat hiking sebelum ni buat malim lebih alert soal safety.

at the end smpi peak belumut. fuh lega. smpi peak belumut pun da pkl 3 so mmg x de la nak ke gua rimaunya. keadaan peak belumut berkabus dan hujan rintik2 sekejap. nasib baik x lama.

so rest mkn2 pastu turun. time turun br perasan bapak la trek belumut ni. keadaan jalan mmg agak teknikal akar pokok berselirat. laluan ada, tp bukan mcm jalan tanah yg rata. ni mcm jalan berpasir kat tghnya ada longkang yg agak dlm. nasib baik turun kalo naik ni lg azab aku igt. turun punya turun akhirnya smpi la ke parking dlm pkl 6:30 mcm tu la.

walau pun kecewa skit sbb x sampai ke gua rimau which is mmg aku x pnh smpi lg pun tmpt tu, tp ttp bersyukur sbb berjaya keluar tanpa kecederaan. kalo ada trip cbr ni next time aku x pasti mampu follow atau x sbb trans cb ni je pun rs mcm da all out. da abes nafas da ni. smpi ke ari ni da hari ke 3 peha masih sakit2 lg. mmg ekstrem trip ni. and satu kesilapan bodo aku dlm trip ni, aku terbawa kasut road running. patutnya aku bawak kasut trail. da kat tgh hutan br perasan!



No comments:

Post a Comment