Tuesday, December 10, 2024

trans naning ultra part 2

cp2 ke cp3 (kaki gunung datuk)
aku ambik ms yg agak lama rest kat cp2. bnyk tembikai dan air aku balun. sbnrnya masih 50-50 nak dnf atau terus. brother yg jaga ws tu advice aku utk teruskan race. maybe dia risau kalo aku abeskan makanan kat situ. haha

dipendekkan cerita aku continue lps jumpa pacer yg sesuai. lets name it mamat x. next route agak landai. masuk trail pun jenis trail yg lapang kiri kanan tidak terlalu semak. certain area dia berpasir. ada jgk lalu jalan raya kampung. sembang punya sembang dgn mamat x ni kitaorg terlajak jalan smpi bertembung dgn main road. pastu patah balik cr laluan yg btl. marking plk alahai agak mengelirukan. lps jumpa route yg btl akhirnya kena lalu kat 1 kawasan padang rumput yg lapang dan sgt gelap. x de pokok. marking pun dia ikat riben dkt kayu yg dia pacak. kiri kanan ladang kelapa sawit. ada cross 2,3 anak air. kasut bsh mmg x dpt dielakkan. jalan punya jalan akhirnya smpi ke next cp - kaki gunung datuk. ingt lg time tu pukul 2:30 am


cp3 ke cp4 (puncak rembau)

di cp3 aka kaki gunung datuk antara cp yg best. ada toilet, khemah besar dan mcm2 lg la yg mn kalo nak dnf kat sini mmg sgt sesuai. lps rehat makan2 apa yg patut keputusan diambik utk teruskan perjalanan. aku masih lg dgn mamat x. mamat x ni pandai baca peta dan dia ada pengalaman hike gunung datuk. kalo aku mmg x de idea psl gunung datuk ni. tepat pkl 3 pagi start hike gunung datuk. aku follow je la mamat x ni. mcm ni rupanya trek gunung dato. lbh 80% batu. di mana kekuatan tgn diperlukan utk support mendaki. dr segi pacak aku rs blh bw bincang lg. jalan punya jalan akhirnya tiba di puncak gunung datuk. next cp ialah puncak rembau dan aku x de idea brp jauh lg nak smpi puncak rembau ni. dan sbnrnya puncak rembau ni just cp utk collect gelang getah je, x de water station disitu. sbnrnya waktu rest dkt puncak gunung datuk tu sweeper pun smpi. bila ko da jumpa sweeper maknanya ko adalah peserta terakhir dlm race tu dan harapan cerah utk dnf.


cp4 ke cp5 (batu maloi)


dr puncak rembau menuju simpang y dan puncak gagak dan puncak 701. smpi puncak 701 da cerah da tu. dan time tu aku masih bersama mamat x, sweeper dan ada la 2,3 org lg peserta kategori slow. dr 701 nak ke batu maloi terasa la lamanya. akhirnya aku ambik kptsn utk split dgn dorang sbb aku rs aku blh laju skit. time tu da menurun bukit dah. so aku split dan gerak solo dlm keadaan berlari. hari pun da cerah time tu. aku tau next persinggahan adalah kem ultra. cuak gak lari sorang2 sbb x jumpa2 lg kem ultranya. td sweeper ckp dpn tu je kem ultra. kambing aku kena tipu. nasib baik otw ada jumpa peserta lain. so saing la dgn dia menuju ke kem ultra. smpi kem ultra wow sungai dia very nice. tp sekali lg malang kem ultra bkn water station, x de makanan or minuman di situ.

so nak x nak teruskan lg perjalanan ke next cp iaitu batu maloi. dan akhirnya tiba. hah smpi sana perut mmg da lapar giler. nasib baik ada nasi putih kat sana, makan dgn sup telor, air sirap dan kopi. ikut masa mmg lama lg nak abes. rsnya dlm pkl 9:00 aku smpi batu maloi tu. cot pkl 2 ptg n jarak ada lg next 10km. tp kena ingt 10km tu ada part yg mendaki.

lps pk2 malas plk nak teruskan. next cp pun x tau ada water station ke x. takut jd mcm cp puncak rembau just collect tag je. kesimpulannya marilah kita dnf beramai2 di batu maloi ni. at the end hilux kutip kitaorg bw balik ke rv. oh ye time ni mamat x pun ada. dia smpi kemudian. apa pun next year aku plan nak repeat and finish strong. kali ni tewas bkn sbb apa, sbb mindset je + gear yg x brp nak support.

antaranya kasut ni la. da notice time gunung pulai ultra ari tu, kasut x brp nak grip. 2nd thing glove. aku sepatutnya kena ada glove yg sesuai utk trail running ni sbb tgn pun ikut naik jgk.


next post: gunung arong challenge

No comments:

Post a Comment